LELAKI DAN PERUBAHAN DIRI DI AMBANG 40an


LELAKI dalam lingkungan usia 40 hingga 60 tahun kerap dikaitkan dengan krisis pertengahan usia. Walaupun mungkin ada memandangnya dari sudut negatif, ia sebenarnya sebahagian proses kematangan normal.


Semua orang akan melalui detik perubahan emosi dalam hidup. Namun, bagaimana anda menangani perubahan itu yang akan mempengaruhi hidup? Ada lelaki berjaya mengharunginya dengan baik.


Bagaimanapun, tidak dinafikan bagi sesetengah lelaki, krisis pertengahan usia sangat merumitkan hingga membawa kepada tekanan perasaan atau mungkin perceraian.


Jika wanita mengalami putus haid, lelaki pula kerap tersepit dalam permasalahan pada usia pertengahan. Ada penyelidik melihatnya sebagai andropaus, namun sebenarnya lebih pada keupayaan seseorang lelaki itu menangani masalah yang dihadapinya.


Perkara paling asas ialah menjaga pemakanan dan bersenam, selain berada dalam persekitaran positif. Lelaki dengan emosi tidak stabil mula berfikiran negatif.


Perubahan hormon


Keadaan ini diburukkan lagi dengan perubahan hormon yang mempengaruhi bukan saja fizikal tetapi keinginan seksual dan dihimpit permasalahan peribadi dengan pasangan. Hormon testosteron bukan saja mempengaruhi keinginan seksual, tetapi apabila parasnya menurun ia juga menjejaskan pemikiran dan tubuh badan.


Krisis pertengahan umur dalam kalangan lelaki juga boleh dilihat pada perubahan fisiologi. Menghampiri usia 40 tahun, hormon testosteron menyebabkan perubahan fizikal yang boleh dilihat. Antaranya jika dulu tegap tetapi sekarang sudah gemuk dan buncit.


Fungsi seksual juga berkurangan, banyak terjadi mereka melakukan hubungan seks sebulan sekali, jauh dari prestasi sebenar sebelum usia 40an sekali gus mempengaruhi sosiologi. Perubahan biologi dilalui oleh semua lelaki dan wanita tetapi perubahan itu tidak sama.


Hal ini berkait dengan isu paling asas, menjaga pemakanan dan mengawal berat badan dan berada dalam suasana persekitaran yang kondusif. Ada kala tekanan perasaan pada pekerjaan ditambah dengan masalah kesihatan akan menyebabkan lelaki hilang kawalan dalam hidupnya.


Ada juga lelaki yang berkeinginan memulakan hubungan baru kerana melihat kehidupan sosialnya semakin stabil dan anak-anak juga sudah meningkat dewasa.


Lelaki yang berdepan dengan krisis pertengahan umur kerap tidak menyedari masalah sebenar. Isteri atau ahli keluarga rapat boleh membantunya. Perubahan sikap dan mood boleh memberi petunjuk masalah sebenar dialami.


Jika dikaitkan dengan masalah andropaus, perlu dirujuk kepada doktor. Mengambil terapi gantian hormon antara rawatan yang ditawarkan perubatan moden. Namun, keupayaan mengawal diri, bersenam dan menjaga kesihatan adalah antara langkah paling asas dan utama.

Faktor pemakanan yang tak sihat.

Faktor pemakanan juga tidak dinafikan menyumbang kepada berlakunya perubahan. Pengambilan pelbagai jenis makanan berlemak dan berminyak juga minuman2 yang boleh mengakibatkan saluran darah tersumbat di bahagian2 tubuh badan.

Ianya secara tidak langsung menyumbang kepada kurang prestasi diranjang yang menjurus kepada penurunan kualiti khidupan sosial.



Simptom krisis pertengahan usia

·    Berasa tidak bahagia dengan hidup atau gaya hidup.
·  Bosan dengan mereka yang berada di sekelilingnya dan bidang yang dulu menarik minatnya.
·  Mempersoalkan pilihan yang tidak dibuat dalam hidup dan mengapa mereka tidak memilih sebaliknya.
·   Marah pada pasangan dan rasa terikat dengannya.
·   Tidak berupaya membuat keputusan hala tuju hidup mereka.
·   Keinginan menjalin perhubungan baru (Ramai lelaki usia ini menyalah tafsirkan keinginan ini dengan mula mencari alasan berkahwin dengan anak dara. Lebih parah jika memilih anak dara seusia anak sulungnya atau perbezaan umur melebihi 10 tahun atau 15 tahun ke atas).


*Artikel sumbangan daripada Majalah MIDI

BAGAIMANA MINYAK IKAN LINANG EMAS BOLEH MEMBANTU

Dapatkan MINYAK IKAN LINANG EMAS BERHARGA RM99 SAHAJA

1. LAKUKAN URUTAN TARIKAN


2. LAKUKAN URUTAN PUTARAN


3. LAKUKAN URUTAN CUBITAN


www.wasap.my/60193222930
www.wasap.my/60196664073
www.wasap.my/60129166003





Comments

Popular posts from this blog

PUNCA ZAKAR MENGECIL & MENGECUT

BAHAYA ONANI @ MASTURBATE